Wednesday, November 30, 2011

(^_^)...

Dalam kehidupan kita ini sering kita diberi pelbagai pilihan untuk memilih sesuatu perjalana kehidupan… sering sahaja kita terasa ada kesilapan dalam mencari sesuatu yang di inginkan…. Kadang kita salah membuat perhitungan sehingga kita terasa akan derita atas sesuatu pilihan…. Mana mungkin kita dapat undur kembali masa itu dan membuat kembali pilihan yang terbaik seolah olah kita mampu mengubahnya….. mampu untuk mencoraknya sesuai dengan kemahuan kita…. Tidak percayakan kita pada rukun iman , percaya pada qada qadar……

Semua orang pernah melakukan kesilapan masa lalu…. Kadang kesilpannya dalam memilih satu keputusan yang berat yang telah mengubah masa hidupnya…. Kadang kala kesilapan kecil saja telah merubah segala kehidupannya…. Tak perlu Tanya apa salah dan silapnya….

Pada masa ini, berdirinya kita sekarang adalah dalam reality….bukan dalam baying-bayang sendiri…. Manusia yang takutkan reality yang kini tempat berdiri umpama seorang yang tiada pegangan diri dalam mengejar impian…..

“Allah SWT menjadikan manusia dalam keadaan lemah supaya kita sentiasa bergantug harap padaNYA…. Belajarlah untuk meluahkan isi hati kita kepada ALLAH SWT…. Meluahkan hati pada ALLAH bukan perkara mudah….ianya memerlukan keyakinan yang tinggi dan keyakinan kepada kebesaran dan keagungannNYA……

Hadapilah satu suratan atas sesuatu keatas kita dengan merelakan jiwa yang tenang….. kemanakah perginya keindahan tawakkal kepada ALLAH yang kita rasakannya semasa hidup dalam ketenangan? Dimana letaknya kepasrahan yang pernah menjadi slogan hidup kita…..?

Berhentilah menangisi sesuatu suratan yang berlalu… pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya… usah dikenang kisah lama…..dan terus menghantui masa depan…..

Manusia mungkin menghadapi berbagai macam kesulitan selama satu hari penuh…. Namu apapun kesulitan tersebut, hendaklah ia berkeyakinan kepada ALLAH dan berfikir bahawa ALLAH menguji kita dengan sesuatu yang kita kerjakan dan fikirkan dalam hidup didunia…. Ini adalah kenyataan yang sangat pentin yang seharusnya tidak pernah kita lupakan sekejap pun……

Hadapilah dengan senyuman …. Walaupun didalam masih tersirat derita atas suratan lalu….. sekurang kurangnya kita masih ada iman…. Dan percaya yakinlah , kita hanya hambaNYA….. kita hanyaah merancang….. tapi sebaik baik perancangan dari ALLAH SWT….

“ jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh ALLAH yang maha Esa…. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita??? ALLAH SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar , mata untuk melihat , dan akal untuk berfikir…. Jadi gunakanlah sebaik baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan…..

No comments:

Post a Comment