Thursday, November 24, 2011

layannn~~

Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah....tetapi untuk

dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi....


Kadangkala, kita selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban

hari..

Seolah-olah itu saja yang diminda tanpa memikirkan hal yang lebih

penting

dari soal hati.. kita lemah dalam menghadapi hari mendatang dan

berkejaran

mencari cinta yang seolah – olah difikirkan sudah hilang.

Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia kadang – kadang

boleh merosakkan jiwa kita.. Membuatkan kita tiada semangat akan

diri sepatutnya kuat dan tabah dalam meniti perjalanan hidup ini..

Mana perginya satu azam yang kuat dulu..? Mana perginya janji kita

yang mahu berjaya dalam hidup?


Kehidupan kita bukan semata-mata untuk bercinta,berkasih sayang

dengan orang yang kita suka dan mahu..kadang kita harus tabah

menerima suratan,orang yang kita dambakan bukan menjadi milik

kita.. Dan selalu saja kita merungut dan mengeluh mengenang nasib

diri kerana apa yang kita mahu tidak diperolehi.


Sedarkah kita,bukan semua yang kita mahu dan inginkan akan

menjadi milik

kita..Kerana kita punya usaha untuk memilih dan memiliki.. Namun,

sejauhmana kita meratap rayu untuk mejadi milik kita dan bukan

hak

kita,sampai bila-bila pun takkan dapat melainkan dengan izinNya

Dan jika telah ditakdirkan menjadi hak kita,sudah tentunya kita akan

perolehi.

Apa yang kita faham tentang takdir dan ketentuanNya..? Siapalah

kita untuk

terus mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah

ditentukanNya.. Kita

Cuma hamba Allah yang yang mana wajib mempercayai dan

menerima rukun

iman..



Kadangkala kita selalu dengan khayalan diri kita dan masih

mengharap cinta

itu milik kita. Sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita

tidak dapat

menerima kenyataan itu. Hakikatnya kita telah berpisah atau

mungkin cinta

itu telah pudar.. Tetapi, kerana kesombongan diri kita atau tidak

dapat

menerima kenyataan ,dan kita selalu saja menceriakan diri kita

dengan

pembohongan yang nyata. Menanti dan menunggu cinta yang tidak

pasti.


Itulah kita..selalu tertewas dengan bisikan halus menyedapkan hati

kita.

Membuatkan kita terus di dalam asyik yang panjang. Sedarlah dan

kembalilah

ke alam nyata.. Cinta itu bukan milik kita lagi. Cukup sudah merindu

dan

meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta..

Sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati. Tidak melepaskan apa yang

bukan lagi

milik kita. Sedangkan masa yangg berlalu tidak akan menunggu kita..

Sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata, membazirkan perasaan

dan masa

hanya kerana masih lagi tidak dapat menerima hakikat.

Janganlah DITANGISI perpisahan dan kegagalan BERCINTA.. Kerana

hakikatnya JODOH itu bkn ditangan manusia.. Atas kasih sayang

Allah jua kita

bertemu dengannya dan atas limpahan kasihNya jua kita dipisahkan

bersama

HIKMAH yang tersembunyi..

No comments:

Post a Comment