Thursday, December 1, 2011

SantaPan jIWa !!


Jatuh cinta pada seorang teman yang kita kenali adalah satu situasi yang sukar ditafsirkan dengan coretan… satu bentuk perasaan yang selalu bermain diminda kerana si dia selalu saja dimata…

Untuk menyukai seseorang hanya mengambil masa yang sekejap saja… dan kadang kala perasaan itu akan datang terus dibuai dihati sehinggakan membuahkan rasa cinta dan saying….Cuma kadang kala cinta itu hadir pada seorang teman yang kita kenali… mungkin seorang rakan sekolah,teman sepermainan, atau sesiapa saja yang kita kenali…

Apabila bersua dan bertemu muka, terasa debaran yang kuat didada… jantung berdegup pantas seolah baru berkejaran di padang…dan amat tersa sayup suara yang didengar antara sedar dan tidak…. Ingin saja tatap wajah tenang itu namun gelora dihati amat terasa….bagai orang dikeliling mengetahui rahsia tersimpan…..

Dan ketika berbicara manis, tubuh kadang terasa seram sejuk menutur kata kata.. kadang kalla kata amat berat diluahkan seolah terpaku… amat susah menyusun kata kata member satu kiasan seolah lidah menjadi kelu dan kadang terasa diri terhenti untuk berbalas bicara….

Amat perit terasa menyintai dalam diam kerana terpaksa menyimpan rahsia yang kuat….kadang kala cemburu menguasai diri bila melihat si dia bermesra atau sedang berdua dua dengan orang lain….. ingin saja menyatakan cinta namun kekuatan diri tiada…… terpaksa dalam diam menyimpan cemburu itu berpanjangan…..

Tapi kdang kala si dia telah menegur atau mengirimkan sms…. Terasa hati berbunga bunga, seolah olah mahu saja menjerit satu dunia kerana si dia telah menegur …… tersenyum seorang diri sehinggakan terbawa didalam mimpi ….amat bermakna rasanya diri ketika itu….

Orang yang kamu cintai, apabila bertemu sua pasti terasa kelainan pada raut wajah…. Melihatnya member satu kekuatan dalam diri…..memandang wajahnya….terasa sejuk dihati….seolah bercahaya menyinari harimu…..

Namun dimana hendak kamu mencari satu kekuatan untuk membenarkan rasa yang tersimpan menjadi kenyataan ….. sejauh mana lagi hendak kamu sembunyikan kasih itu sedangkan hari harimu meronta satu sudut dunia yang dirimu amat menyanyangi akan dirinya…..

Kamu merasakan seolah olah kamu bahagia begini, hanya memandang dalam jauh …melihat dalam dlam di matanya menyembunyikan getaran yang tersimpan…jika takut berkata cinta, simpan sja hingga hilang akan dia….sesalan tiada gunanya jika menunggu saat kehadirannya…

Memang menyakitkan hati apabila kita jatuh cinta pada seseorang itu dan cinta kita tidak dibalas, di tolak hingga luka yang pedih terasa di lubuk hati…..tetapi amat menyakitkan hati dan terus didalam seselan jika cinta akan seseorang namun tiada kekuatan diri menyatakan….

No comments:

Post a Comment