Sunday, December 4, 2011

Terdetik ! demi masa!


Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENYANYAI…

Segala puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam… selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya…..

Alhamdulillah, lihatlah !, kita masih lagi hidup sehingga kini. Semalam telah kita tinggalkan , apa tah kita buat semalam kan, bulan lepas kan , tahun lepas kan , ada yang masih segar diingatan…. Adapun telah luput, tak kesahlah apa yang kita dah buat, buat jahat kew , buat baik kew , yang kita nak kesahkan ni , apakah hari ini , saat ini kita sudah bersediakah untuk jalani masa yang senantisa bergerak ni???

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI ,

Demi masa , sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian ,

KECUALI mereka yang beriman dan beramal soleh , dan mereka juga yang berpesan – pesan dengan kebenaran dan berpesan – pesan dengan kesabaran…..



Nie apa yang termaktub dalam Quran yang kau dan aku pegang. Ini adalah firman Tuhan ! secara izharnya , ber’demi’kan MASA , ALLAH berfirman kepada makhluk akhir zaman , bahawasanya kita (manusia) ini adalah makhluk yang berada dalam kerugian. Kenapa bukan jin ke? Kenapa bukan binatang ke? Kenapa bukan bintang kan? Tapi MANUSIA !! tak ke kau rasa takut akan kehilangan dan kerugian??kecualilah kita mereka yang beriman dan beramal soleh , JUGA mereka yang berpesan –pesan dengan kebenaran dan kesabaran . jadi aku pun berharapan , aku dank au berada dalam golongan berkecuali kerana kau dan akucuba juga untuk berpesan – pesan dengan kebenaran.

Aku sebenarnya nak kaji pasal Surah Masa ny. Tapi tahla , tak tercapai jadi aku tulislah sedikit apa yang aku paham… kita didunia ni memang sentiasa kalah pada masa . percayalah ! masa itu akan sentiasa menang… (RUGI)!!!! FIKIR BAIK2!!*

Apa yang kita kejarkan selama ini?? Kekayaan?? Kepuasan ?? tapi apa apa pun , ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara……

Masa mudamu sebelum datangnya hari tuamu…

Masa sihatmu sebelum masa engkau dilanda sakit….

Masa kayamu sebelum engkau jatuh papa….

Masa lapangmu sebelum datangnya waktu sibukmu…..

Masa hidupmu sebelum datangnya saat kematianmu…….

Inilah resam kita didunia, adanya sebelum dan selepas, tetapi ingatlah “sebelum” itu akan mencerminkan “selepas”…. Harap semua paham…. Sebab masa sentiasa berubah , berlalu , bergerak ….. kalau kau adalah seorang kaki lumba , kau akan tahu betapa pantasnya atau betapa lembapnya masa berjalan. Sebab masa itu emas !! kenapa lembab sangat kereta ny nak capai top speed ?? padahal dah laju dah !! Cuma masa kita tertinggal dangan masa… Cuma bayangkan masa yang kita rasa lambat tu kita gunakan betul-betul….bagus dah !

Teringat bulan Ramadhan lepas, nak tunggu berbuka tu, alahai… lagi lagi setengah jam terakhir sebelum maghrib tu… tengok tv , tengik jam balik, baru 5 minit masa berlalu… lambat je masa tu bergerak… tapi rugilah tengok tv , lainlah kalau baca Quran ke sambil2 tunggu berbuka.. memnag bila nak buat sesuatu kebaikan je semua terasa lama….. sebab kita tiada cinta !! nak solat sunat terawih tu , rasa letih jew…. Rasa uang masa , lepak kat rumah lagi best…. Tapi kita tak sedar masa tetap berlalu….. semua sibuk “bila nak raya???”… BUANG MASA LAGI…. Tau tau je eh, dah puasa balik…tau tau jew eh, dah nak MATI!!! Letih letih **

Sambil sambil aku termenung tu kan , aku mula berfikir bukan bukan….. terfikir diluar batasan aku…. Aku teringat kisah Ahli Syurga Terakhir… aku fikir fikir, kita kat dunia ny memang semua terbataskah??? Apa yang membataskan kita??MASA! apa kita nak buat masa membataskan segalanya…. Ambillah apa apapun contoh yang boleh mendatangkan nikmat didunia ny……memang ad pengakhirannya……



Korang dah Nampak kan berapa banyak bukti kiamat sudah dekat ?? penamat segala kehidupan di dunia kian hampir??? Jadi apalagi??? Mungkin kit any belum jatuh cinta lagi kot… sebab tu kita selalu bazirkan masa … eleh… tanak ngaku lagi la tu …. Apa yang aku nak cakap, hidup didunia ini sementara, segalanya terhad… kalau kita pandai gunakan masa sebaik baiknya,tentulah ada ganjaranyya di akhirat nanti….

Jadi aku terfikir, nanti kat akhirat, memang kitadah tak kenal istilah masa… sebab , akhirat itu adalah kekal abadi… bayangkan ahli syurga nanti…. Apa yang mereka angankan, kurniakan ALLAH . semuanya dalam kesibukan di syurga… apakah lagi erti masa nanti di akhirat, aku pun tatau nak cakap, sebab aku kat dunia pun belum tentu paham, apa itu masa….

Adakah aku telah emmbuang masa saat ini??? Adakah aku betul sedang menggunakan masa saat ini???

Aku kebingungan ni !!! aku harap ALLAH temukan aku kepada seseorang ……. !!

No comments:

Post a Comment