
Senyumlah selalu. Senyuman membuka PINTU REZEKI, memperluas PERKENALAN, mengeratkan SILATURRAHIM, menyubur KASIH SAYANG, menyemai CINTA lantas menceriakan hari anda. Senyum ibarat satu sihir hebat memukau setiap insan yang memandangnya. Maka senyumlah selalu.Ketawa Rasulullah S.A.W brupa senyuman. Kalau pun lebih dari itu, maka giginya akan kelihatan dan ia merupakan ketawa yang berkarisma, tidak mengeluarkan suara atau terbahak-bahak.
Ada beberapa hadis yang menggambarkan senyum atau ketawa Nabi S.A.W. antaranya:
Umar al-Khattab r.a. berkata: "Rasulullah tersenyum dan baginda ialah orang yang paling cantik giginya." (Riwayat Ibnu Hibban dalam Sahihnya).
Aisyah r.a. berkata: "Sekalipun aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W berlebih-lebihan ketika ketawa hingga nampak mulutnya. Ketawanya hanya berupa senyuman." (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Baghawi dan Ahmad).
Jabir bin Samurah r.a. berkata: "Rasulullah S.A.W tidak pernah ketawa selain tersenyum." (Riwayat Ahmad dan al-Hakim).
Abdullah bin Juz' berkata: "Rasulullah S.A.W tidak tertawa selain dari senyuman." (Riwayat at-Tirmizi)
Al-Bukhari dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan dalam al-Adabul Mufrad secara marfu': "Janganlah kamu banyak ketawa kerana ia akan mematikan hati." :)
No comments:
Post a Comment