“aku cinta kau ! aku sayang kau ! aku perlukan engkau dan
aku menginginkan engkau …
Bait bait ungkapan yang selalu disebut, tetapi susah untuk
di terjemahi di fahami dan di yakini.
Jika mengungkapkan sesuatu perkataan itu haruslah dilakukan
dengan sesungguhnya bukan hanya kata kata kosong betulangkan dusta.
Bercakap soal “CINTA” iya ! masing masing menyatakan mereka
setia dan terlalu mencintai si dia.
Lapangkan dada buka minda tanyalah hati sama ada akukah
pencinta yang setia ataupun sebaliknya.
Cinta sejati bukanlah hanya ada pada ketika kau bahagia,
tersenyum gembira . tetapi cinta sejati itu adalah sebuah perjalanan yang
menuju ke destinasi yang diredhai. Cinta sejati bukanlah juga hanya pada
keseronokan didunia semata mata tetapi cinta yang sejati membimbing kita hingga
ke jannah.
Salah satu cinta yang suci adalah ketika salah seorang dari
kamu diuji dengan ujian yang amat berat, di uji dengan penyakit yang boleh
membawa maut. Pada saat itu dimanakah kekasih kamu? Adakah dia masih disisi
ataupun sudah pergi….
Dalam sebuah perjalanan kita telah mempunyai watak
tersendiri. Watak yang berbeza beza yang disatukan untuk bersama menuju kearah
yang di redhai. Di saat itu kita dapat mengenali hati budi pasangan
masing-masing. Disaat itu jangan hanya bermimpi di perhubungan itu tiada ujian.
Saat bersama pelbagai ujian akan ditempuhi , pelbagai
rintangan yang di lalui tidak kira susah ataupun senang . kerana itulah yang
akan memupuk diri serta menguji ketahanan dalam mempertahankan kebahagiaan
sebuah perhubungan . yang diakhir uijannya insyaallah akan membawa kebahagiaan
akhirnya.
Buka minda buka hati tanyalah hati apakah aku telah
melakukan yang terbaik dalam perhubungan ataupun tidak………
“GENGGAMLAH ERAT TANGANKU INI JANGAN KAU LEPASKAN JANGAN KAU
TINGGALKAN KETIKA SETIBANYA KITA DIPERSIMPANGAN JALAN, KERANA ITU MAMPU
MEMBUNUHKU”
“KASIH YANG SUCI YANG ABADI PERHUBUNGAN DIREDHAI HINGGA KE
BATU NISAN LALU MENANTI DU JANNAH”
No comments:
Post a Comment