Jiwa Syurga!
Bismillahirrahmanirrahim...
Salam dari kami untukmu para mujahid...
Sambutlah seruan ini kepada para perindu syahid...
Salam dari kami untukmu...
Wahai Para Mujahid yang sejati...
Janganlah kau gentar atau ragu...
Di dalam menapaki jalan ini...
Terus kobarkanlah perjuanganmu...
Untuk meraih kemenangan yang hakiki...
Mujahid sejati yang berjiwa badar...
Kukuhkanlah semangatmu jangan pernah pudar.
Walau musuh Allah menghina dan memakar (menyerang)...
Mujahid sejati tetap tegar tiada gentar...
Tika ini aku cuba bayangkan susuk tubuh mujahid itu. Subhanallah... Jiwanya! Semangatnya! Akhlaknya! Ilmunya! Kekuatan pada dirinya tidak bisa digugat oleh yang lainnya kecuali Allah. Aku doakan moga kalian juga punya 'keinginan' itu! Keinginan menjadi mujahid serta mati syahid... Kenapa? Sama-samalah kita fahami... Hidup kita di dunia ini hanya sementara. Bila tiba masanya, kita bakal dijemput pulang bertemu Sang pencipta, Allah s.w.t. Itu yang pasti.
Tetapi, pernah atau tidak, kalian memikirkan... Bagaimana keadaan pengakhiran hidupku kelak? Dalam keadaan apa aku kembali pada-Nya? Bisakah aku berjumpa dengan Allah? Allahurabbi... Memang itu semua tidak bisa diberi jawapannya yaang tepat. Kerna kita sendiri tahu kehidupan yang akan datang tidak bisa kita ramalkan keadaan-Nya. Hanya Dia yang Maha Mengetahui.
Soalan2 itu punya kisahnya. Sewaktu di zaman sekolah menengah, aku selalu diberi peringatan oleh sahabat2 3S "Sahabat Sampai Syurga". Itu antara pesan mereka. Sentiasalah ajukan soalan2 itu pada diri! InsyaAllah, bila memikirkannya kita akan teringat pada Allah. Teringat pada tujuan sebenar kita diciptakan. Teringat pada kematian yang pasti tiba.
Apabila kita melihat pada soalan2 itu, yang pasti terdetik di qalbu kita nawaitu yg sama!! Apa dia? Subhanallah... Sudah pasti kita mahukan pengakhiran yg baik, husnul khatimah. Jadi, bagi memperolehnya tidaklah sesenang menuturkannya.
"Jika mahukan pengakhiran hidup yang baik, maka semasa kamu hidup ini carilah & pandulah dirimu mengikut susur jalan yang baik. Siapkan dirimu. Itu sebaiknya. Sememangnya kita hanya mampu merancang, yang menentukan adalah Dia. Tapi ingat ! Usaha dari dirimu sendiri mesti ada."
Pesan ayahandaku:
Bila berada di jalan yang lurus, pandulah
dirimu sebaiknya. Jangan g0poh, jangan ghairah. Biasalah... anak muda
(syabab) itu punya perasaan ghairah. Tak kira dalam buat kebaikan
mahupun keburukan. Kalau ghairah kpd kebaikan xmengapa. Namun, kadang2
keghairahan itu juga membawa kpd kecuaian. Cuai hingga diri mereka
terkeluar dari jalan yg lurus itu. Nak buat kebaikan pun biarlah
bertepatan dengan apa yang disyariatkan oleh Islam & tidak
bercanggah dengan suruhan Allah s.w.t."
***
Aku suka melihat mereka yang bercita-cita untuk mnjadi mujahid dan mati
syahid. Kenapa? Kerna aku yakin mereka tidak hanya punya cita2. Bahkan
mereka mengerahkan kudrat & jiwa mereka buat merealisasikan cita2
itu. Itulah JIWA SYURGA !!! Kadang2 aku cemburu melihat susuk2 tubuh
itu. Bila mereka mulakan langkah buat mengejar misi itu, mereka tidak
akan futur di tengah jalan. Mereka tetap teguh. Badai yang hadir tetap
dihadapi. Tipu jika mereka tidak merasakan akan keperitahan. Setiap luka
pada diri mereka menjadi bukti kesungguhan demi mencapai reda Ilahi.
Tipu jika mereka tidak goyah. Mereka juga terumbang-ambing di tengah
badai, namun mereka bina tali persaudaraan buat menguatkan dan
mengukuhkan barisan.Allahuakbar! Sesungguhnya segala kekuatan dalam diri mereka hadirnya dari Allah Yang Maha Besar. Dia pemilik kekuatan. Andai goyah, andai rebah, mohonlah dari Dia.
NOTE:
"selamatlah berjuang walaupun kat mana2 pun. hidup itu sendiri ujian. kita kembar kan. tapi hidup itu kembar ujian. so, kena jaga-jagalah dengan ujian tu. moga adalah balasan yang Allah hitung (semua). rasa nak lawan nie. Allah hitung belake. Lillahi Taala"
No comments:
Post a Comment