Thursday, November 17, 2011

ANDAI LELAKI TAHU....

Andai lelaki tahu apabila seoarang perempuan jatuh cinta..lelaki itu tidak semestinya mempunyai segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya...apabila seorang perempuan itu mengalirkan air matanya ..itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu....


andai lelaki tahu......
apabila seorang perempuan marah, mmg dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyanyangi lelaki itu. lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. tetapi percayalah semakin bertambah syg mereka pada seseorang,semakin banyak pula sesuatu yang terjadi.

apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda BORING..tetapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.... apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan maknanya dia tidak mahu menerima kamu seadanya,,,tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda.....

andai lelaki tahu....
apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang....tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu ank kecil yang masih memerlukan perhatian ...terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi... dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu... apabila perempuan merajuk,,,jangan kata dia melebey-lebey.... dia bukan mahu dipujuk dengan wang atau hadiah....tetapi cukup dengan perhatian yang boleh membuatkan perempuan rasa dihargai..

andai lelaki tahu.....
apabila perempuan jarang mengatakan ' I LOVE U '...itu tidak bermakna dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cinrtanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui dari bahasa tubuhnya...... apabila perempuan cakap i kamu,,lelaki itu lebih baik dari kamu,,,jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu.... dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.... walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya....selagi dia denganmu ,,,percayalah,,walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik dimatanya tetapi dihatinya kamu tetap yang terbaik....

andai lelaki tahu.....
apabila perempuan menjadi tengking,,dia bukan bermaksud untuk menjadi tengking,tetapi mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya.... percayalah,,hati perempuan itu sangat lembut.... apabila perempuan berkata "PLIZZZ LEAVE ME"!!! harr,,,,,dye tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamnya.... dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.... soo..apabila dia kembali tenang,,,,percayalah dia akn mencari anda semula...itu tandanya dia benar2 mencintai anda.....perempuan sulit untuk mengawal perasaan ....dia terlalu emosional...tapi dialah paling menyanyai anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda....

sememangnya ALLAH menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri... tetapi sekiranya mereka saling memahami ,,,mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan ......perempuan itu diciptakan oleh ALLAH dengan indah sekali....di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.....biarpun sebenarnya perempuan itu nampak lemah tetapi dia punya kekuatan tersendiri yang boleh menggoncang dunia dan mungkin pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya..... jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.....dialah yang bakal menjadi isteri juga ibu yang terbaik buat anak-anak kamu suatu hari nanti........

SEMOGA ILMU YANG DIKONGSI INI SAMA-SAMALAH KITA MANFAATKAN........



No comments:

Post a Comment