Monday, November 21, 2011

BILA KAMU SUDAH TIADA,KATA-KATA ITU TIDAK ADA MAKNANYA LAGI....

aku selalu pesan pada hati, untuk tidak terlalu mencintaimu....
kerana aku takut suatu hari nanti kau tiada disisiku.....
sudah pasti aku akan kecewa dan terluka......
aku selalu berpesan pada hati, supaya tidak terlalu berharap.....
kerana jika satu hari nanti tiada jodoh untuk cinta kita....
pasti aku akan terasa derita....
pasti aku akan terasa kehilangan......

KERANA AKU TAKUT KEHILANGANMU, PASTI KEADAAN ITU MEMBUATKAN AKU MENANGIS.....PASTI AKAN AIR MATAKU TIADA HENTI MENGALIRNYA.... WALAUPUN MAMPU SEMBUNYIKAN KESEDIHAN ITU,HATIKU PASTI AKAN TERUS MENANGIS.....


jika hati ini selalu ada kamu,selagi aku masih sayangkan dirimu....selagi masih ada lagi perasaan cinta ini....akan aku selalu katakan perasaan sayang rindu aku pada kau....selagi ia masih ada waktu........kerana bila kamu sudah pergi..kata-kata itu tiada erti lagi....


cintailah ia secara diam ,agar ia semakin manis penuh keindahan setelah pernikahan....
kerana itu menjamin hatiku agar hatiku selalu tenang..
andai suatu hari nanti,antara aku dan dia tiada jodoh...tiada jua aku terus disakiti dengan mainan rasaku sendiri......


bukan tiada cinta...bukan jua tiada sayang....bukan kerana aku takut....cuma aku berpesan pada hati,agar aku mencintainya secara bersahaja.......kerana jika tiada jodoh antara kami ,jiwa dan hati tidaklah begitu parah seperti sebelumnya......

bercintalah bersahaja.....belajarlah mengenai erti kesakitan terlebih dahulu......agar suatu hari nanti jika sememangnya ditakdirkan si dia bukan jodohmu ,tidaklah begitu kecewa berpanjangan.......



" YA ALLAH....andai telah ditakdirkan dia jodohku, maka aku terima seadanya...... tatkala jodoh kami belum menyapa jagalah hati kami dari gundah dan resah, jadikanlah kami pasangan yang beriman,bertaqwa serta beramal soleh......sesungguhnya engkaulah maha pencipta.......pemilik cinta.....nyawa dan jiwa kami....................."


No comments:

Post a Comment